Tuesday, 12 February 2013 • 06:46 • 0 comments
Cuti Cuti ...
Bercuti ke Langkawi .
Tapi kenangan bercuti disana boleh dikenang didalam ingatan sahaja. Gambar2 yg di'capture' rosak. Memori Card camera rosak tak boleh nak baca. aduh frust.
xoxo, The Shining Star
Wednesday, 12 September 2012 • 10:15 • 0 comments
Ni lah dia kalu ada kenduri kawin tak payah orang lain, kami pun dah cukup ramai untuk memeriah kan majlis.
xoxo, The Shining Star
Wednesday, 15 August 2012 • 17:01 • 0 comments
Raya datang Lagi ...
Gambar ni Raya tahun 2011. Seronok beraya bersama adik beradik ku yang lapan orang tu. Mak Long ngan Pak Cu nya takde dlm gambar ni. Dah dipanggil banyak kali nak bergambar . lambat kami posing dulu la. Setiap kali cuti tak kira la cuti raya ke cuti sekolah ke kami akan berkumpul dirumah Mak Kami iaitu Tok Mek dan masalah yang utama pada kami semua adalah AIR. Inilah dijadikan alasan oleh anak2 semua untuk tidak mandi. Almaklumlah kat kampung sejuk . air pagi pagi sampai petang pun sejuk. Tapi tu tidak menjadi masalah pada kami. Keseronokan menjadikan masalah tu lebih menyeronokkan kami. Cuma Ayah kadang2 mengeluh "kesian anak2 tiap kali balik kg mesti takde air".. bukan takde air ayah weh. Air pun tak sempat nak supply untuk kami yg ramai ini .
Hah ni dia Zain's family.
Anak 8 orang
Menantu 6 orang
cucu 18 orang
Mek Ayah 2 orang
Semuanya 34 orang duduk dalam satu rumah. mmmmm meriah meriah .
xoxo, The Shining Star
Amir 6 tahun
Monday, 31 October 2011 • 00:39 • 0 comments
Happy Birthday Amir.. ibu doakan amir semuga panjang umur, rajin solat, rajin belajar semuga menjadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat.
xoxo, The Shining Star
Nasi Hujan Panas ku
• 00:30 • 0 comments
Read more »
xoxo, The Shining Star
Bye Bye APC
Friday, 19 August 2011 • 07:56 • 0 comments
hi, tiba masanya giliran ku mengucapkan selamat tinggal kepada APC Schneider Electric. Nak kata seronok pun ada , tak seronok pun ada. tapi aku sudah menunggu saat ini semenjak kawan-kawanku seorang demi seorang melangkah pergi mencari sesuatu yang baru. Sedangkan aku masih setia berkhimat kepada syarikat walaupun penuh keperitan namun aku terus setia menerus kerjaya sebagai pekerja..
Kini.. aku bebas dari belenggu tugas harian. Bebas dari tanggungjawab yang diletakkan padaku. Kini bebas untuk berfikir untuk sesuatu yang baru. Sesuatu yang membuat aku gembira, yang membuat ku enjoy dengan apa yang ku usahakan.. InsyaAllah...
Hari ini hari pertama ku sebagai "housewife", mmm.. takde apa yang menarik.Kebetulan baru mendapat surat untuk pengesahan sekolah anak bongsu ku. Dengan senang hati melangkah ke sekolah tanpa memikirkan "emergency call" ke office. mmmm..
xoxo, The Shining Star
Get Well Soon
Tuesday, 14 June 2011 • 06:17 • 1 comments
.. selepas menjalani pembedahan "hysterectomy"
Hamper dari kawan2 office. thank you to all my friends.. berkat doa kalian ku selamat menjalani pembedahan. Sakit yang selama ini menganggu kehidupan harian ku. Cuti rehat untuk 48 hari. tapi kene berpantang selama 8 minggu.
errr... Pengalaman semasa menjalani pembedahan di SDMC Subang Jaya.
Sebelum menjalani pembedahan mereka pastikan kestabilan badan kita. Aku menjalani semua ujian termasuk ujian jantung. Doctor meminta ku berjumpa pakar jantung. X-Ray menunjukan jantung tidak keadaan normal. Pasrah dengan keterangan doctor. Sambil menuju giliran berjumpa doctor pakar jantung. Alhamdulillah... aku bersedia untuk menjalani pembedahan itu.
Sakit selepas operation, selepas kesan bius hilang, Ya Allah sakitnya, terasa pedihnya luka tu..Ya Allah..sakitnya memang sakit Hanya Allah yang tau. Suami tersayang memberi kekuatan. Selepas diberi injection dan ubatan sakitnya berkurangan. Terdengar suara suami anak anak, aku seakan khayal lalu aku tertidur tak tau apa yang berlaku, apa khabar anak anak, suami, adik dan mak mertuaku disekelilingku. Suami masih setia menunggu ku walaupun diketika itu dia pun tidak sihat.
Alhamdulillah aku selamat menjalani rawatan dan menjalani kehidupan yang baik selepas pembedahan itu. Allah memberi ruang untuk ku untuk lebih mengingati Nya. Peluang untuk ku beribadah tanpa alasan. Alhamdulillah.
Labels: Get Well Soon
xoxo, The Shining Star
Disclaimer
«
«
«
«
Taggie Board
[!] IMPORTANT [!]
Back to past

